Thursday 3 May 2012

Enron

Sabtu lepas ramai yang turun ke Dataran Merdeka untuk menyokong pasukan Malaysia menentang Sri Lanka. Berduyun-duyun orang datang dengan memakai baju berwarna kuning. Ada juga yang memakai baju warna merah dan hijau. Aku tak turun. Sayang sekali.

Jadi aku duduk di rumah sambil menonton rancangan di tv. Kena pula pihak Astro baik hati sangat bagi
siaran percuma semua saluran. Dari 101 hinggalah ke 953. Tak ke jenuh memilih tu. Aku pun klik la
satu per satu sampai nombor di butang remote Astro tu hilang.

Saluran 413. Enron: The Smartest Guy In The Room.

Apa ke jadahnya rancangan ni. Aku penuh minat ingin tahu. Aku pun menontonlah. Memang menarik.
Cerita pasal skandal di dalam Enron. Enron adalah sebuah syarikat awam yang menjalankan
perniagaan berasaskan tenaga, komoditi dan servis. Enron merupakan syarikat paling inovatif
di Amerika Syarikat.

Kenapa aku cerita benda ni? Aku pun tak tahu