Friday 23 May 2014

Dah nak kahwin aku rupanya...

Sebelum umur aku cecah 50 tahun ada dua benda yang aku pasti perlu buat;

1. Pergi Istanbul dengan motor yang aku cita-citakan sebelum ini. (Post sebelum ini ada aku tunjukkan jenis motor itu)

2. Naik Trans-Siberian-Moscow sampai London bermula dari Kuala Lumpur.

Nombor dua aku rasa pasti cuma nombor satu tu aku perlu usaha keras sikit.

Apa pun semuanya yang aku rancang Tuhan yang benarkan.


Thursday 3 May 2012

Enron

Sabtu lepas ramai yang turun ke Dataran Merdeka untuk menyokong pasukan Malaysia menentang Sri Lanka. Berduyun-duyun orang datang dengan memakai baju berwarna kuning. Ada juga yang memakai baju warna merah dan hijau. Aku tak turun. Sayang sekali.

Jadi aku duduk di rumah sambil menonton rancangan di tv. Kena pula pihak Astro baik hati sangat bagi
siaran percuma semua saluran. Dari 101 hinggalah ke 953. Tak ke jenuh memilih tu. Aku pun klik la
satu per satu sampai nombor di butang remote Astro tu hilang.

Saluran 413. Enron: The Smartest Guy In The Room.

Apa ke jadahnya rancangan ni. Aku penuh minat ingin tahu. Aku pun menontonlah. Memang menarik.
Cerita pasal skandal di dalam Enron. Enron adalah sebuah syarikat awam yang menjalankan
perniagaan berasaskan tenaga, komoditi dan servis. Enron merupakan syarikat paling inovatif
di Amerika Syarikat.

Kenapa aku cerita benda ni? Aku pun tak tahu

Monday 23 January 2012

Wednesday 2 November 2011

Mister Potato

salam dan selamat hari raya. saya ingin perkenalkan
penulis baru di blog ini. Mr. Fit atau lebih dikenali sebagai Mr. "_________"
seorang kawan yang tak mengenang budi. kuat main.

beliau dilahirkan di perak dimana ketika itu perang dunia kedua telah pun lama tamat.
beliau dibesarkan dengan ajaran agama Islam sebab famili dia Islam.
faveret team bolasepak beliau ialah pasukan saitan merah yang bermain macam setan.
memang berbulu bila tengok kelab saitan merah ni tapau team-team lain.
rasa nak penampor je penyokong kelab ni sekor-sekor.
sorry dah terkelaut.

anyway beliau juga seorang blogger.
lihat hasil penulisan beliau di fitsepet <<< klik sini

sorry aku post dari akaun aku sebab aku lupa password akaun admin..demmn!

Monday 31 October 2011

love song

Love song sememangnya enak didengar waktu sebelum tido. Membelai2 perasaan,bermanja2 dgn minda n merehatkan akal fikiran mmg best. Love song yg aku suka dgr adalah dari richard marx iaitu right here waiting.mmg kdg2 kalau jiwang sekali sekala sedap gak telinga aku ni layan.haha ok2.stop.

Just nak kongsi,korang perasan x time korang mula2 bercinta ada je byk benda yg korang nak tanyakan kat pasangan korg..u kuat jeles ke?u suka I yg mcmne?or paling biase,ape perasaan u terhadap I skrg ek.haha n jawapan yg plastik dah kompem2la I suka u.I selesa dgn u.I seronok sembang dgn u..mmg jawapan2 playboy n playgirl.haha tapi ada gak yg menjawab,I x tahu perasaan ape yg u maksudkan,tapi I mcm biase je..haa kalau ni mmg betul2 kayu.tak pandai nak jaga hati perasaan org...ko wayangla sikit kate ko hepi n seronok.haha

Aku nak tanya,awal2 bercinta,pasti korang akan rase berdebar,tergedik2,tibe2 bilik rase panas(padahal aircond dah pling maksimum sejuk tu).mmg klise.ayat penguat yg nak menyatakan korang sdg dilamun cinta.bosannnn...

Lepas tu korg perasan x kalau korg dah lame sgt bercinta soalan2 tu smua rubbish.tapi girl ttp akan tanya soalan ttg perasaan berkali2 setiap kali before tido..itu bukan nak komfemkan perasaan yg wujud kat pasangan tu,tapi tu semua meroyan.aiii

Bagi aku bercinta sememangnya ada levelnya.sampai satu tahap korg akan cuba menilai pasangan msg2.adakah dia sememangnya boleh menjamin kebahagiaan ko atau tidak.dan sampai satu tahap korg akan fikir cukup ke sekadar bercinta without nothing(harta benda).malah,korang akan penat bercinta coz masalah2 kecik yg selalu korg create sendiri..dan korang akan menilai dari awal sampai kini adakah LOVE korg tu memang berbaloi sehingga ke alam perkahwinan...

Aku cuma nak nasihatkan diri sendiri dan yg membace,jgnla bercinta gila2 sgt.kita cuma perlu percaya satu perkara,takdir.semua sudah tertulis.kalau dia sememangnya dijodohkan utk kita,dia tetap akan kembali kalau korang putus..x perlulah korang nak stress giler coz dia ni degil,xnak dgr cakap korang atau sebagainya.anggap mereka mcm kawan biase yg korang boleh share semuanya tanpa ada rase bersalah or prejudis.percayalah bak kata rosyam nor dalam KL MENJERIT, kalau dah jodoh tak ke mane..


Salam...

Tuesday 18 October 2011

wOw? biar betik?



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadisel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.