Thursday, 11 August 2011

dUgaan bUat Umat isLam rAmaDHan ini :(

JUADAH BERBUKA DAGING BABI DALAM THE STAR


"Morganfield's Sticky Bones" nie la tajuk artikel dalam mukasurat 7, The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan lagi iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds". Aii.. The Star tak tahu ke akhbar tuh sedang siaiarkan artikel  lam bulan Ramadhan? 

 penulis nie tak ade juadah lain untuk dipaparkan dalam akhbar ? Tak cukup hanya dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri sahaja, penulis artikel tersebut dan ketua editor akhbar KENA SAMAK SEKALI!. dah banyak kali penghinaan ke atas umat Islam di negara ini berlaku dalam Ramadhan ini(GERAM3). Baru hari yang ke-10, berturut turut penghinaan ke atas umat Islam dilakukan. 




Lawak yang dibuat dalam iklan diatas meme  tak sesuai untuk menggambarkan ibadah sahur di bulan Ramadhan. Tahun lepas Tv3, tahun ini Tv9 pulak? 
 
Selepas kisah Arlene Tan yang menghina Islam di Twitter, iklan yang mengundang kemarahan umat Islam di Tv9 dan Tv8, Damansara Utama Methodist Church (DUMC) yang mengundang umat Islam berbuka puasa jam 10.30 malam dan terbaru iklan menu daging babi dalam mukasurat 7, The Star. Pihak berkuasa tidak boleh lagi bersikap maaf dan lepas begitu sahaja. Perlu ada tindakan yang tegas agar perbuatan sebegini tidak berulang. Ini bukan lagi disengajakan, tetapi macam sengaja sahaja dibuat untuk menyakitkan umat Islam di bulan Ramadhan ini.

sO korang rasa ape? 

No comments: